Saya dilahirkan sebagai seorang cucu kaum adam dan hawa. Saya berasa bersyukur kerana saya telah dilahirkan dibumi Allah yang indah dan menakjub ini. Sepanjang hidup saya saya dikurniakan sepasang pasangan kekasih iaitu ibu bapa yang baik dan 3 orang rakan baik merangkap adik beradik saya. Kegembiraan dan kesedihan kadang kadang datangnya dari mereka. Saya berasa amat bersyukur.
Saya telah dihidupkan selama 15 tahun di bumi Allah ini. Pelbagai cabaran dan dugaan telah saya tempuh dengan perasaan sakit, sedih dan kepedihan untuk menempuh perjalanan hidup saya. Mungkin saya akan ke rahmuttullah esok dan mungkin lusa atau tulat itu semua kekuasaan Allah. Saya redha jika sampai situ sahaja perjalanan hidup saya.

Saya sedih dengan sikap yang saya ada. Sikap yang selalu nak jaga hati orang. Selalu tak kesah dengan apa yang berlaku. Sehingga saya merasakan hentaman yang kuat pada saya. Saya rasa semua itu pedih untuk saya. Saya menggunakan gelak tawa dan senyuman untuk melupakan semua itu.
Saya tak suka orang bagi harapan dekat saya. Harapan yang kuat. Saya mempercayainya dan ini dan itu yang saya dapat *wipe tears*. Apa yang saya fikir semua ini semua berubah menjadi kesedihan. Saya tahu awak macam tu.. Saya perasan semua tu. Tapi kenapa saya macam degil gila. Erm
Saya harap saya terima semua ini dengan tabah dan hati yang terbuka. Saya tahu apa yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri. Allah lebih mengetahui apa yang saya rasa dan apa yang saya lalui. Jangan tanya saya apa apa. Saya lebihkan gelak tawa dan senyuman untuk merubat hati ini.
Dengan ketibaan rakan-rakan dan keluarga. Saya harap saya tidak memakan diri saya dengan perasaan sakit saya sekarang. Saya akan anggap apa yang saya lalui adalah ujian buat saya.
Assalammualaikum.







